Tampilkan postingan dengan label Alamak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Alamak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 04 Juni 2011

OMG! | Perbuatan terkutuk Gambar lucah diletakkan dalam Yasin

Sape la yang keji sangat nieh..letak gambar lucah dalam yasin. Tak patut betul sape yang tak bertanggungjawab nieh sungguh berani si pembuat nieh. Terima la pembalasan nyer nanti.



KEPALA BATAS | Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 24 Mei 2011

OMG! | Mak Cik Keji menghina islam di FB pages Pulak!

Semalam tao ada menceritakan pasal Mak Cik keji nieh di wordpress hari nie tao nak tunjukkan pulak dimana dye ade buat page facebook jugak. Dimana kat situ dye kumpulkan orang-orang yang hate islam dan yang mutrad.

Photobucket
Screen shoot yg tao buat pada page tersebut.


Dalam page tersebut jugak terdapat perbincangan mereka terhadap islam, ade yang kutuk tapi ade jugak yang bagus sebab bagi amaran terhadap page tersebut. Sebab terlalu melampau.


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 23 Mei 2011

OMG! | Mak Cik Keji menghina islam di Wordpress



Sungguh terkejut nyer apabila membukak wordpress seorang makcik nieh, memang betul-betul berani mengutuk memaki dan menghina islam. Tapi yang pelik nama mak cik tu islam Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tapi dengan selamba menghina islam. WTH ! OMG! OMG!



nie gambar dalam blog beliau





[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 16 Mei 2011

Alamak | Minyak RON95 bakal naik lagi ??

Alamak minyak nak naik lagi kew?? Jangan sampai penduduk pon naik minyak..hehee

PUTRAJAYA 16 MEI : Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 14 Mei 2011

AWAS | HUJAN ASID DI KUALA LUMPUR

Hangat diperkatakan perbuatan menyimbah cecair asid semakin menjadi-jadi di sekirar kuala lumpur. Stakat ini sudah 24 orang menjadi mangsa simbahan asid. Yang paling terbaru mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju.

Dalam kejadian pada 13 May pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Pihak berkuasa polis telah mengeluarkan gambaran suspek yang bertindak menyimbah asid

Ape ke jadahnyer mamat nieh main simbah-simbah asid

Fakta yang perlu ketahui mengenai kes disimbah asid yang makin berleluasa berlaku di Kuala Lumpur sekarang

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 07 Mei 2011

Alamak | Ais Artik semakin cair, banjir lebih besar ancam dunia

Alamak Ais di artik semakin mencair, ini disebabkan oleh pemanasan global? Kalau anda perasan beberapa hari nieh pon panas jer kan..

SATU kawasan bongkah ais semakin mengecil di timur Greenland.


STOCKHOLM: Ais di Greenland dan keseluruhan Kutub Utara kini mencair lebih pantas berbanding ramalan dan mungkin membantu meningkatkan paras air laut global sehingga 1.524 meter kurun ini, kadar lebih tinggi berbanding yang dijangka, menurut penilaian antarabangsa.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 20 April 2011

Omg | Mahasiswa di China saksi kekasihnya di Kanada dibunuh live di webcam

Dahsyat.. apabila seorang lelaki yang sedang berchating dengan kekasihnya tiba-tiba, kekasihnya itu dibunuh dan disaksikan sendiri oleh lelaki tersebut.

Lelaki tersebut amat terkejut apabila menyaksikan sendiri sewaktu ber video webcam dengan kekasihnya itu dimana lelaki tidak dikenali tiba-tiba membunuh kekasihnya.

Kejadian ini berlangsung dengan sangat cepat. Liu Quian (23th) membukakan pintu kepada seorang laki-laki kulit putih, sekitar 20-an tahun, rambut coklat, tinggi 6 kaki bertubuh gempal. Awalnya lelaki ini meminta mangsa untuk menggunakan handphone, namun tak lama kemudian nampak mereka berkelahi meskipun beberapa adegan berlangsung di luar kamera. Terakhir lelaki ini mendekati laptop tersebut dan mematikannya. dan laptop tersebut lesap.

Lelaki yang berada 11 ribu mil dari tempat kejadian ini segera menghubungi beberapa kengkawan yang ada di Toronto untuk memeriksa keadaan Liu dan membantu menelefon pihak polis kawasan kejadian.

Entah kenapa, polis baru datang 10 jam kemudian dan menemukan mayat Liu di apartemennya.

“Kami harus menemukan laptop itu,” kata polis Tony Vella. “Kami sudah meminta bantuan ahli komputer dan informatika di negeri ini untuk mencari laptop tersebut. Dan kami sangat berterima kasih kepada saksi online di Beijing sana.”


Petikan berita

TRIBUNNEWS.COM - Seorang mahasiswa menyaksikan secara langsung kekasihnya dibunuh ketika mereka chatting lewat webcam.

Polisi menemukan mayat separuh telanjang mahasiswi bernama Qian Liu di apartmentnya yang terletak di York University Village, Toronto, Kanada, setelah sang kekasih menelefon polis. Sang kekasih tinggal di Beijing, China.

Dalam kesaksikannya, dia mengatakan dirinya sedang chatting dengan kekasihnya yang merupakan mahasiswi English Language Institute pada Jumaat dini hari saat mendengar ketukan di pintu. "Ia membuka pintu. Sepertinya korban mengenali lelaki itu namun saksi yang sedang online di webcam tidak mengenalnya," demikian kata Sersan Detektif Toronto Frank Skubic.

Sang saksi yang berbicara di Beijing mengatakan kepada polis jika dirinya melihat melalui webcam ketika lelaki berotot meminta ke mangsa untuk menggunakan hand set Sang kekasih menyaksikan perkelahian antara Qian Liu dan lelaki itu dan kadang-kadang tidak tertangkap kamera.

Lelaki yang disyaki yang digambarkan berkulit putih dan berusia 20-an dan tinggi 183 sentimeter kemudian mematikan laptop IBM ThinkPad T400 yang kini hilang.kekasih dengan menggunakan media sosial berusaha menghubungi polis di China dan Toronto. Sayangnya, polis baru tiba sekitar 10 jam kemudian.


Photobucket

Senin, 18 April 2011

Omg | Pintu helikopter tercabut sewaktu show

Wow.kejadian macam nieh pon ade ek..sih ish marabahaya betul lah..

Kejadian ini berlaku di Ireland ketika persembahan pertunjukan udara. Maklumat lanjut mengenai kejadian ini tidak dapat dinyatakan.

Photobucket

Macam mana la pulak pintu nieh boleh tertanggal? mengamuk ke aper?

Korang tengok lagi gambar nieh..

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 16 April 2011

Tau tak | Kesan bila asteroid hentam bumi DAHSYAT !!

TAOTAUJER - Anda mesti pernah dengar pasal suatu hari nanti akan ada satu asteroid besar akan menghentam bumi, lagi satu pulak rumors tentang 2012 penamat dunia baca kat [SINI]...macam-macam kan.

Bila cakap pasal asteriod hentam bumi mesti korang akan ingat sepertimana dalam Movie 2012 yang dibintangi oleh John Cusack kan...sungguh dahsyat!!!

Ilustrasi apabila asteroid menghentam bumi
Photobucket

Ini pulak video simulasi yang korang mesti tengok kedahsyatan melapetaka ini !!

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Wow | Tumor Raksasa Sekeras Batu Yang Mirip Alien Didalam Tubuh Josh Abken

VIVAnews.com -Selama 36 tahun usianya, Josh Abken tak pernah sakit parah. Namun, sakit punggung yang dialami sepanjang 2010 membuatnya memberanikan diri ke hospital dan menjalani pemeriksaam x-ray.

Hasilnya mengejutkan. Gambar x-ray menunjukkan sebuah tumor raksasa tumbuh dalam tubuh lelaki asal California tersebut.


"Saya hanya berfikir memiliki gangguan otot serius. Tetapi doktor menyatakan tidak mengetahui tumor apa yang bersarang pada tubuhku ketika memperlihatkan gambarnya," katanya seperti dilaporkan CBS 13.


Dia ini memiliki tumor raksasa sebesar ukuran bola sepak. Anehnya lagi, tumor 'alien' tersebut sekukuh batu dengan tentakel yang tumbuh di sekelilingnya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 13 April 2011

Alamak | Sandwish scam

Sandwish scam..wah, nie lagi satu kes tipu menipu. Tengah hangat pasal telor tiruan ini pulak kes taktik si penjual sandwish.

Korang tegok gambar nieh..agak bijak gak la si penipu nieh berniaga!!

Photobucket

Agak-agak kalau korang terkena memang geram la kan...da sedap-sedap berselera nak makan tetiba dapat rasa sikit jer..damn anoying giler.

Photobucket

Selasa, 12 April 2011

PELIK! - Nangka Berbuah Pisang, Rasa Durian

TAOTAUAJER -...Nangka berbuah pisang dan rasanya seperti durian, pelik nieh - pelik. Memang tidak pernah didegar nieh.

Tengok lah buahnya

SUKABUMI - Warga Kampung Cilubang Sukabumi, dikejutkan dengan munculnya pohon nangka di kebun milik Sirojudin. Percaya atau tidak, tapi faktanya nangka ini berbuah pisang dan rasa pisangnya seperti durian. Penemuan ini membuat warga sekitar pelik dan menyaksikan serta merasakan rasa buah pisang dari pohon nangka ini.


Menurut Sirojudin, keanehan pohon nangka miliknya ini muncul ketika pohon nangka ini berbuah. Saat buah nangka ini tumbuh, lama-kelamaan terlihat tak wajar dengan berbuah pisang. Ketika matang, buah nangka berbentuk pisang ini ternyata rasanya seperti buah durian.


"Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuah pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT," kata Sirojudin kepada Radar Sukabumi (grup JPNN), kelmarin.


Sebagian warga menduga, buah nangka aneh ini terjadi sebagai hasil persilangan tak sengaja antara pohon nangka dan pohon pisang, serta durian. Sebab, pohon nangka berbuah pisang tersebut memang ditumbuhi pisang yang jaraknya berdekatan.

Sirojudin merancang bakal memasang kotak amal di kebunnya. "Hasil infaq dari warga ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan sarana keagamaan," terangnya pula.


So ape yan boleh korang kate kan?? Nangka + Pisang + Durian = ??? Ape jadinyer

Photobucket

Minggu, 10 April 2011

Omg! - Remaja tak boleh tutup mulut selepas menguap didalam kelas

TAOTAUAJER - Macam-macam kerenah deorang nieh..boleh jadi seorang remaja menguap sampai tak boleh nak tutup mulutnya pulak selepas itu.



KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Omg | Bencana Tsunami di Jepun telah diramal dalam permainan kad

Sungguh tak sangka dan pelik sekali dimana Bencana Tsunami di Jepun ternyata seperti diramal dalam satu permainan kad.

Permainan kad tersebut adalah"ILUMINATI - New World Order" Game, atau disingkat "INWO" dicipta pada tahun 1990 yang oleh Steve Jackson.

Ternyata seperti jangkaan permainan kad yang dibuat pada tahun 2005 lalu terbukti sekarang. Seperti mana yang berlaku pada 11 Marikh lalu dimana Jepun dilanda bencana gempa dan Tsunami yang teruk.



Perhatikan baik-baik kad berikut ini.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 08 April 2011

Awas! - Hard disk samsung dari china (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - jenayah la nie, hard disk samsung buatan cina yang memang canggih dan sangat bijak sekali rekaannya.

Photobucket
Anda lihat ia seperti biasa jer kan..

Kalau korang nak tau, foto dibawah ini seorang lelaki terkejut apabila hard disk yang dibelinya berkapasiti 500GB dari sebuah kedai china. Apabila lelaki tersebut menghantar hard disk tersebut ke kedai untuk mengatahui problem hardisk tersebut rupa-rupanya hard disk tersebut hanyalah 128MB jer.

Korang tengok foto-foto bawah nie memang bijak la china nieh. Taktik belaka !!

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 06 April 2011

Alamak | Telur ayam tiruan di Pulau Pinang

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang, adoyai..telor pon nak tipu ker?

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


Photobucket
SUMBER | Bernama

Selasa, 05 April 2011

Wow | Akhirnya, Kluang Rail Coffee Disamak

Kluang - Jabatan Agama Negeri Johor (JAJ) mengadakan operasi penyamakan di tiga cawangan Kluang Rail Coffee berikutan serbuk kopi yang disediakan di kedai berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi seperti yang dilaporkan Sabtu lalu.


Gambar yang kurang jelas dimana kedai sedang disamak

Kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi sejak 1938 mempunyai empat cawangan di Johor iaitu tiga cawangan terletak di Kluang iaitu di Jalan Tasek, Jalan Station Keretapi dan Jalan Manggis manakala, di Johor Bahru terletak di Plaza Kotaraya.

Dalam pada itu, JAJ juga akan mengadakan operasi penyamakan di cawangan kedai kopi berkenaan yang terletak di Plaza Kotaraya pada malam ini.

Operasi penyamakan ini juga turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi membantu untuk melakukan proses penyamakan terhadap kedai kopi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, operasi menyamak yang dilakukan oleh JAJ ini merupakan prosedur biasa yang perlu dijalankan oleh pihak yang memohon sijil halal daripada JAJ.

“Ia adalah prosedur biasa kerana kita sedang menimbang permohonan sijil halal daripada pihak Kluang Rail Coffee berikutan mereka baru mengajukan permohonan tersebut. Walaupun serbuk kopi yang dihidangkan oleh mereka disahkan mengandungi unsur tidak halal, JAJ tiada kuasa mengarahkan mereka untuk tutup perniagaan.

“JAJ hanya menyatakan kedudukan sebenar kepada pengguna dan terpulang kepada masyarakat untuk memilih. Makluman sudah diberi, namun kami tidak boleh menghalang pengguna daripada terus mengunjungi premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, JAJ telah melakukan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai dan telah mengesahkan bahawa serbuk kopi berkenaan mengandungi gelatin babi.

Zainal Abidin berkata, sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Pihaknya tidak boleh mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha kedai kopi terbabit melainkan menasihati peniaga berkenaan supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal dan saya juga menyeru supaya pelanggan beragama Islam supaya lebih berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, dan pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal yang dikeluarkan JAJ,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kluang Rail Coffee, Barnabas Lim berkata, beliau mengakui pihaknya baru memohon mendapatkan persijilan halal pada awal tahun ini.

“Oleh itu saya amat terkejut apabila berita tersebar mengatakan serbuk kopi keluaran kami mengandungi gelatin babi. Sejujurnya kami tidak tahu-menahu tentang ini (gelatin babi).

“Hakikatnya, kami amat mementingkan ketelusan dan menjaga sensitiviti orang ramai apatah lagi 80 peratus pelanggan utama kami adalah terdiri daripada orang Islam dan kita juga amat sensitif terhadap isu yang berlaku ini.

“Kita tidak begitu bodoh untuk menjatuhkan perniagaan yang sudah wujud sejak 73 tahun lalu dengan begini saja. Bagaimanapun pelanggan yang masih was-was boleh memulangkan sebuk kopi yang sudah dibeli dan kami akan membayar balik wang mereka,” katanya.

Kini ramai yang trauma apabila telah disahkan bahawa Kopi tersebut mengandungi campuran Gelatin babi menyebabkannya tidak halal..so kita kena berhati-hati dalam memilih makanan.

Photobucket

Senin, 04 April 2011

Alamak | Ternyata Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir

Kiamat semakin hampir, itu yang sering diperkatakan sekarang. Korang tau tak, tsunami di jepun sepertinya satu petunjuk yang diberikan kepada kita bahawa kiamat sudah dekat. Seperti yang kita lihat sekarang nieh macam-macam yang berlaku.


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


Artikel berkaitan :-

- Tsunami di Jepun ini juga tertulis di dalam Al-Quran.

- Khalimah Allah muncul sewaktu Tsunami di Jepun.

- tau tak macam mana kebocoran reaktor nuklear berlaku

- Dokumentari disebalik gempabumi 2011



Photobucket

Sabtu, 02 April 2011

Alamak | Kebocoran baru Loji Nuklear dikesan lagi dan merebak

Seperti mana kita telah sedia maklum yang loji tenaga nuklear Fukushima Daiici rosak teruk disebabkan akibat gempa bumi yang lepaskan . dan kita telah sedia maklum bahawa kadar radiasi memang sangat tinggi dekat beberapa kawasan sehinggakan beberapa negeri telah mengesahkan kehadiran radiasi tersebut.

Tokyo - Pada 11 Mac pegawai keselamatan dapat kesan kerosakan loji nuklear tersebut telah menumpahkan air radioaktif tinggi ke lautan dan kalau korang nak tau ada kebocoran baru yang dikesan pada keretakan lubang penyelenggaraan logi nuklear Fukushima Daiici tersebut dan menganjur ke lautan Pasifik, kata pegawai keselamatan, semalam.

Jurucakap Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian Jepun, Hidehiki Nishiyama, berkata Katanya, keretakan itu berlaku akibat gempa bumi dan sejak itu ia mula bocor.

Hasil dari analisis menunjukan tahap radiasi tersebut cepat larut dalam udara dan juga air.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada petugas yang bertungkus-lumus mengawal keadaan reaktor itu terdedah kepada bahan berkenaan.

Kata Nishiyama, pegawai keselamatan akan memeriksa tahap radiasi sehingga 15 kilometer dari pantai.

“Ini mungkin satu daripada punca pencemaran air laut kami kerosakan sama mungkin berlaku di tempat lain.

“Kerosakan itu perlu dikesan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, meluangkan masa meninjau kawasan bencana berhampiran loji berkenaan untuk kali pertama, semalam.

Sebelum ini lawatan Kan hanya membabitkan loji nuklear itu.

Dia meluangkan masa seketika di Rikuzentakata dan bertafakur seketika bagi memperingati mangsa bencana alam di situ.

Katanya, kerajaan akan memberi bantuan sepenuhnya kepada mangsa bencana sehingga keadaan pulih.

Bagaimanapun, penduduk setempat mengadu, Kan sepatutnya meluangkan masa bersama mereka.

Seorang daripada mereka berkata, setakat ini kerajaan nampaknya terlalu memberi perhatian kepada loji nuklear berbanding mangsa tsunami. - AP

Apelah nasib deorang nieh, mesti pekerja-pekerja di Loji Nuklear tersebut bertungkus-lumus membuat kerja dan pernahkah anda terfikir mesti pekerja-pekerja tersebut berkemungkinan terkena akan kesan radioaktif walaupon sedikit. Kesian deorang kan...

petikan penuh - MyMetro

Artikel berkaitan :-

- Tsunami di Jepun ini juga tertulis di dalam Al-Quran.

- Khalimah Allah muncul sewaktu Tsunami di Jepun.

- tau tak macam mana kebocoran reaktor nuklear berlaku

- Dokumentari disebalik gempabumi 2011



Photobucket
SUMBER | Mymetro