Tampilkan postingan dengan label Islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Islam. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Juni 2011

Subhanallah! - Khalimah Allah Pada Matahari Sewaktu Huge Solar Flare Eruption 2011 (3 GAMBAR + VIDEO)

TAOTAUAJER - Pada post sebelum ini tao ader bagi tau pasal Ledakan Matahari DAHSYAT ! tapi tao tak perasan something thanks kepada Hisyam Wazir yang sedar dan bagi tau kat tao pasal terdapat khalimah Allah.
Cuba korang lihat gambar ini? Anda rasa anda Nampak??

Photobucket

okay..jom lihat gambar bawah ini tao highlightkan terdapat Khalimah Allah di matahari

Photobucket

Photobucket

saksikan video nih pulakk..
*P/S : VIdeo asal telah di delete oleh youtube.. ini adalah antara video bagi fenomena pada tarikh yang sama



SUBHANALLAH! - Kalimah ALLAH Muncul Di Bumi North Afrika (4 GAMBAR) - 

SUBHANALLAH! - Kalimah Allah Di Kepala Cristiano Ronaldo [Video] - 

Sabtu, 04 Juni 2011

OMG! | Perbuatan terkutuk Gambar lucah diletakkan dalam Yasin

Sape la yang keji sangat nieh..letak gambar lucah dalam yasin. Tak patut betul sape yang tak bertanggungjawab nieh sungguh berani si pembuat nieh. Terima la pembalasan nyer nanti.



KEPALA BATAS | Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 29 Mei 2011

OMG! | Bir Arab ada alkohol

JOHOR BAHRU | Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.


Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 24 Mei 2011

OMG! | Mak Cik Keji menghina islam di FB pages Pulak!

Semalam tao ada menceritakan pasal Mak Cik keji nieh di wordpress hari nie tao nak tunjukkan pulak dimana dye ade buat page facebook jugak. Dimana kat situ dye kumpulkan orang-orang yang hate islam dan yang mutrad.

Photobucket
Screen shoot yg tao buat pada page tersebut.


Dalam page tersebut jugak terdapat perbincangan mereka terhadap islam, ade yang kutuk tapi ade jugak yang bagus sebab bagi amaran terhadap page tersebut. Sebab terlalu melampau.


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 23 Mei 2011

OMG! | Mak Cik Keji menghina islam di Wordpress



Sungguh terkejut nyer apabila membukak wordpress seorang makcik nieh, memang betul-betul berani mengutuk memaki dan menghina islam. Tapi yang pelik nama mak cik tu islam Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tapi dengan selamba menghina islam. WTH ! OMG! OMG!



nie gambar dalam blog beliau





[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 09 Mei 2011

WWWOW | Khalimah Allah pada kepala KATAK

Pergh..kebesaran Allah. Hari tu tao ade bagi tau pasal peta dunia nieh ada tulisan khalimah Allah dan Muhamad kali nieh tao jumpa lagi pasal Khalimah Allah. Di indonesia terjumpanya seekor katak dengan Khalimah Allah diatas kepala katak tersebut.

Photobucket
tu haa..Khalimah Allah kat atas kepala katak tersebut

Boyolali – Warga Dukuh Watesari, Desa Sruni, Kecamatan Musuk dikejutkan penemuan seekor katak pohon aneh. Di bahagian kepala katak tersebut terdapat kalimah mirip tulisan Allah.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 08 Mei 2011

SubhanaAllah! - Al-Quran, kain ela tidak hangus dalam kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu demi selamatkan 3 orang anaknya

TAOTAUAJER - Seperti yang tao pernah postkan tentang Al-Quran yang tidak terbakar dalam kejadian kebakaran di Arab kali ini berlaku di Malaysia pulak.

RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam


KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 07 Mei 2011

Subhanallah! - Peta Dunia Kalau diterbalik Terbentuk Tulisan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW

TAOTAUAJER - Allah hu Akbar....kalau korang nak tau, peta dunia apa bila di terbalikkan dan di mirror kan akan ternampak lah tulisan Allah dan Muhamad pada Bumi

Photobucket

Ini dia peta dunia yang telah diterbalikkan dan telah di Mirror kan

Anda nampak?? Ok korng tengok kat bawah nie penampakan Khalimah Allah dan Muhamad

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 16 April 2011

Gempar | Lelaki Disahkan Mati Oleh Doktor Hidup Semula 2 Jam Kemudian

BUTTERWORTH - Seorang lelaki berusia 65 tahun "hidup semula" selepas doktor-doktor di Hospital Seberang Jaya di sini mengesahkannya mati ( gambar kanan-sekadar gambar hiasan ).

Fenomena luar biasa itu yang juga dikenali sebagai Sindrom Lazarus kini menjadi perbualan orang ramai.
Selepas dimaklumkan mengenai kematian lelaki yang bekerja sendiri itu, ahli-ahli keluarganya mula membuat persediaan pengebumian malah mendirikan satu khemah di depan rumahnya yang terletak di Jalan Tok Elong, Tanah Liat di Bukit Mertajam.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 29 Maret 2011

Omg | Lafadz ALLAH SWT ketika Tsunami Japan

TAOTAUAJER - Berita ini agak menGemparkan jugak buat pembaca semua, dimana disebalik kejadian Tsunami di Jepun ada satu perkara pelik tapi benar yang berlaku. Dimana sewaktu peristiwa Tsunami di Jepun terdapat penemuan Lafadz Allah yang dirakamkan dan telah disiarkan oleh television NHK - Jepun.

Berikut adalah screenshoot yang diambil dari tayangan Video Streaming tersebut.

Photobucket

Apa yang anda dapat lihat disini adalah Kenderaan yang bersepah disebabkan terkena badai Tsunami, banyak kereta yang musnah terbakar

Anda tak nampak apa-apa yang terselindung disebalik gambar diataskan..

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 25 Maret 2011

Owh! - Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?

Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis? IYE KER ??

Photobucket

Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam didunia terbesar sehingga menyempurnakan maksud hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam video dibawah-


"Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

Photobucket

Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.

Photobucket


1. Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Diikuti pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92

2.
Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi. Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.

3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.

4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan yang sebaliknya. Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.

5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.

6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya. Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.

7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut.
Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi. Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.

8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).
Wallahu A’lam.


Photobucket


Senin, 14 Maret 2011

Tau tak | Rahsia Disebalik Tsunami Japan

Korang tau tak , sebelum nie macam kes kejadian tsunami di Aceh ade tertulis dalam Al-Quran siap masa dan tarikh lagi tue. Yang ini pula Jepun dilanda tsunami, disini ku nak kongsikan rahsia disebalik Tsunami di Jepun berdasarkan nombor-nombor dan Al-Quran.

Pada tarikh 11 March 2011 berlakunya trajedi tsunami di Jepun dimana bersamaan dengan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah ataupun 6/4/1432.

Dengan itu tahun 1432 dipecahkan 14 dan 32
Jawapannya Juzuk ke 14 Al-Quran dan Bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Al-Quran ke 4
Rujuk di Al-quran

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

dengan itu dlm 1432, 14 dh di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Sendai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka, 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6. Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

dengan itu, 1+4+4+6 =15

dan, 1+5 = 6


*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Wallahhu alam, hanya Allah yang tahu kebenarannya...sekira ada salah dan silap harap maaf. Sekadar untuk dikongsikan kepada korang semua.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Artikel berkaitan :-

Photobucket - Tsunami di Jepun ini juga tertulis di dalam Al-Quran.

Photobucket - Khalimah Allah muncul sewaktu Tsunami di Jepun.

Photobucket - tau tak macam mana kebocoran reaktor nuklear berlaku

Photobucket - Dokumentari disebalik gempabumi 2011

Photobucket - Bencana Tsunami seperti telah diramal dalam permainan Card Illuminati

Photobucket - UFO gergasi melintasi Fukushima sewaktu tsunami



Photobucket
sumber |article sedunia

Sabtu, 26 Februari 2011

Owh | Daphne Dedahkan Masuk Islam Selepas Melawat Taj Mahal

Daphne Iking atau nama islamnya, Dahlia Eleanor Iking mendedahkan hatinya terdetik untuk memeluk islam setelah dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.


"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia (Joe) juga terkejut ketika itu," kata Daphne.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 25 Februari 2011

Owh | Atasi tekanan dengan kemaafan

TAOTAUAJER - Memaafkan terkadang jadi sesuatu yang sulit untuk dilakukan dalam hidup kita. Terkadang saat seseorang melukai hati kita, yang paling ingin kita lakukan adalah mengutukinya dan terus membencinya. Kita merasa ketika memberi maaf pada orang, ini bererti dia tidak mendapatkan hukuman atas apa yang telah dilakukannya.


Sebenarnya, itu memang tak sepenuhnya salah. Kita semua akan menuai apa yang telah kita tanam, itu sebuah hukum alam yang tidak terhindarkan. Tapi masalahnya adalah, kita menjalani hidup saat ini. Kita semua ingin menjalani hidup dengan utuh, sayangnya, menyimpan rasa kesal dan kemarahan membuat kita tidak dapat menjalani hidup dengan sepenuhnya dan sebenarnya memaafkan orang lain itu tidak sesulit yang kita bayangkan. Ada beberapa cara yang dapat ditempuh seperti di bawah ini:

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 24 Februari 2011

Hot | Sah! Daphne Iking Peluk Islam, Kahwin Lelaki Melayu

Hari ini Kosmo melaporkan pengacara hot & sensasi Daphne Iking, sah memeluk islam bulan lalu dan juga telah berkahwin dengan lelaki melayu 8 januari lalu. Lelaki melayu tersebut seorang usahawan berusia 30-an iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali Joe.

Difahamkan, nama islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.

Tahniah buat Daphne & Joe !

akan ku update gambar perkahwinan Daphne Iking & Joe jika ada yang sudi berkongsi gambar dengan kami.

Rabu, 23 Februari 2011

Wow | Al-Quran terkecil

KOTA BHARU -Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.Kosmo

Jumat, 18 Februari 2011

Tau tak | Ade jer DOA untuk mintak Jodoh

TAOTAUAJER - Mungkin ada yang dah tau dan ada jugak yang masih tak tau...sebenarnya ade jer doa untuk ditemukan jodoh adalah tidak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Photobucket

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 11 Februari 2011

Owh | Dosa-dosa & Facebook ( Renungan Bersama)

TAOTAUAJER - Kepada anda yang facebookholic pernahkah anda tahu tanpa disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semuafriend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

i- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

ii- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

iii- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.Sekian



Disahrekan dari : CInta-islam.blogspot

Senin, 07 Februari 2011

Owh | Keindahan wanita ciptaan Allah

Ingin Tao kongsikan Keindahan wanita ciptaan Allah, di petik dari sebuah blog...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis ?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya."Aku tidak mengerti",kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?...""Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itupun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ""Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untukdigunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.""Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Wanita. Jika Andalakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.


Link
sumber: bilapuyuhberbunyi.blogspot.com

Minggu, 06 Februari 2011

Omg | Berduaan di alam siber sama seperti Khalwat

Berduaan dialam siber pon sama seperti khalwat?? hrmmm..

sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>