Tampilkan postingan dengan label Gempa Bumi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Gempa Bumi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 19 April 2011

Wow | Jepun guna robot baiki Reaktor Nuklear

TOKYO - Dua robot dihantar ke dalam reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi, semalam, dalam usaha untuk memperbaiki bangunan yang mengalami kebocoran radiasi akibat gempa bumi kuat pada bulan lalu.

Pegawai agensi keselamatan loji nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama berkata, kaedah itu terpaksa digunakan kerana tahap radiasi terlalu tinggi dikesan di sekitar reaktor itu, menyebabkan pengendali sukar melakukan kerja-kerja pembaikan.

"Kerja-kerja pembaikan loji tidak boleh ditangguhkan bagi mencapai sasaran penyejukkan reaktor nuklear dalam tempoh sembilan bulan," katanya.

Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun membabitkan kerugian AS$300 bilion (RM900 bilion), menjadikannya ia bencana alam paling mahal di dunia.

Sementara itu, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan selepas didakwa gagal menangani krisis nuklear negara itu.

Tinjauan mendapati, hampir 70 peratus rakyat mahu Kan digantikan dan menegaskan respons kerajaan terhadap krisis nuklear itu tidak boleh diterima.

Lebih 13,000 orang disahkan terkorban dan puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi sekuat 9.0 pada skala Ritcher yang melanda timur laut Jepun, 11 Mac lalu.-SH

Jepun- terkenal dengan hasil ciptaan robot-robotnya, nampaknya mereka menggunakan aplikasi robot tersebut.

Photobucket

Sabtu, 16 April 2011

Tau tak | Kesan bila asteroid hentam bumi DAHSYAT !!

TAOTAUJER - Anda mesti pernah dengar pasal suatu hari nanti akan ada satu asteroid besar akan menghentam bumi, lagi satu pulak rumors tentang 2012 penamat dunia baca kat [SINI]...macam-macam kan.

Bila cakap pasal asteriod hentam bumi mesti korang akan ingat sepertimana dalam Movie 2012 yang dibintangi oleh John Cusack kan...sungguh dahsyat!!!

Ilustrasi apabila asteroid menghentam bumi
Photobucket

Ini pulak video simulasi yang korang mesti tengok kedahsyatan melapetaka ini !!

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 14 April 2011

Wow | UFO gergasi melintasi loji nuklear Fukishima

Wow..tak sangka sewaktu tsunami di jepun benar-benar terdapat kejadian kemunculan UFO.

Photobucket
Foto dalam bulatan menunjukan UFO gergasi pada Loji Nuklear Fukushima

Tokyo - sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintasi loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang mengalami kerosakan di timur laut Akibat di landa tsunami.

imet tersebut muncul dalam satu siaran berita daripada satu kumpulan media Jerman NDR yang membuat liputan mengenai krisis nuklear di loji berkenaan baru-baru nie.

Loji Nuklear mengalami kerosakan selepas ombak tsunami melanda loji tersebut akibat gempa bumi kuat yang berlaku pada 1 Mac lalu.

Akibat tsunami tersebut, menyebabkan sistem penyejukan di loji tersebut mengalami kerosakan menyebabkan kebocoran radiasi.

Klip video tersebut selama 55 saat itu menunjukan sebuah UFO gergasi melintasi loji nuklear tersebut. Anda saksikan seperti dibawah.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 12 April 2011

Omg | Tsunami kecil telah melanda Terengganu, petanda bala

Woah.. Malaysia dilanda Tsunami?? Mesti kepada anda yang tak baca paper mesti tak tau.

Hari ini 12 April 2011 ,SEBUAH pelantar bagi mengorek pasir tersangkut di jambatan Kampung Nibong Stesen dekat Kuala Sungai Dungun, Terengganu semalam akibat dilanda arus deras sungai tersebut.

Photobucket

DUNGUN – Dua bot nelayan tenggelam manakala sebuah pelantar bagi mengorek pasir sungai tersangkut di sebuah jambatan akibat dihanyut oleh arus deras luar biasa yang melanda Kuala Sungai Dungun di sini awal pagi semalam.

Insiden tersebut mengejutkan semua mangsa memandangkan kesemua bot tersebut sudah pun ditambat tali dengan guni berisi pasir seberat kira-kira 1,500 kilogram.

Selain itu, pelantar mengorek pasir yang hanyut dan tersangkut di jambatan di Kampung Nibong Stesen, kira-kira dua kilometer dari Kuala Sungai Dungun juga sudah dilabuhkan dengan lima sauh.

Turut hanyut ialah tiga bot nelayan lain dan dua bot fiber namun kesemuanya berjaya diselamatkan.

Jumlah kerugian dianggarkan RM100,000.

Salah seorang pemilik bot, Yusuf Saleh, 67, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa bot miliknya hanyut sejauh kira-kira 100 meter dari tempat ia berlabuh kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

“Pada mulanya saya tidak percaya dan terus datang untuk melihat sendiri apa yang terjadi itu.

“Saya benar-benar terkejut apabila mendapati bot saya dan bot seorang rakan, Muhamad Jaafar, sudah hampir tenggelam,” katanya ketika ditemui di Kuala Sungai Dungun semalam.

Jelasnya, sudah berpuluh tahun dia menjadi nelayan namun kejadian itu adalah kali pertama berlaku.

Untuk baca selanjutnya di

Untuk baca selanjutnya di KOSMO http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=Tsunami kecil telah melanda Terengganu, petanda bala

Artikel berkaitan :-

- Tsunami di Jepun ini juga tertulis di dalam Al-Quran.

- Khalimah Allah muncul sewaktu Tsunami di Jepun.

- tau tak macam mana kebocoran reaktor nuklear berlaku

- Dokumentari disebalik gempabumi 2011

- Bencana Tsunami seperti telah diramal dalam permainan Card Illuminati

"Hidup Di Dunia Hanya Sekelip Mata, Hidup Di Akhirat Kekal Sampai Bila-Bila."

Photobucket
SUMBER | KOSMO online

Minggu, 10 April 2011

Omg | Bencana Tsunami di Jepun telah diramal dalam permainan kad

Sungguh tak sangka dan pelik sekali dimana Bencana Tsunami di Jepun ternyata seperti diramal dalam satu permainan kad.

Permainan kad tersebut adalah"ILUMINATI - New World Order" Game, atau disingkat "INWO" dicipta pada tahun 1990 yang oleh Steve Jackson.

Ternyata seperti jangkaan permainan kad yang dibuat pada tahun 2005 lalu terbukti sekarang. Seperti mana yang berlaku pada 11 Marikh lalu dimana Jepun dilanda bencana gempa dan Tsunami yang teruk.



Perhatikan baik-baik kad berikut ini.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 05 April 2011

Wow | Patung Kamen Rider tegak berdiri dilanda tsunami

Kamen Rider..sungguh tidak asing lagi, malahan salah satu ikon super hero Jepun, sume tau kan!! Ape yang menarik disini adalah sewaktu Jepun dilanda Tsunami, satu patung Kamen Rider tegak berdiri meskipon dilanda tsunami.

Photobucket

Hiyaa..Kamen Rider sedia membantu..hehe

Kalau aritu heboh dengan Ilustrasi Ultraman lari dari badai tsunami tetapi kali ini menampakkan Kamen Rider teguh berdiri dilanda badai..hehe


Photobucket

OMG Gempar | Gempa bumi kuat landa Jawa Tengah

Kali ini indonesia pula gempar dengan berita yang gempar dimana Jakarta di landa gempa bumi kuat di Jawa Tengah awal pagi semalam.

PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.

Pihak berkuasa Jakarta turut mengeluarkan amaran awal tsunami dimana menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan yang tinggi.


BOT nelayan terdampar di tepi laut apabila nelayan menghentikan sementara aktiviti mereka akibat gempa bumi di Cilacap, Jawa Tengah, semalam.

Menurut pihak berkuasa tiada laporan kecederaan atau kerosakkan yang berlaku di Cilacap, Jakarta.

Berikutan amaran tsunami yang dikeluarkan, kebanyakan penduduk di Cilacap yang berhampiran dengan titik gempa bumi melarikan diri ke masjid besar. Berikutan daripada kes lepas dimana Masjid terselamat dari tsunami Acheh.

Walaubagaimanapun amaran tersebut ditarik balik dan penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malahan ada yang melutut tanda bersyukur.

mereka harus beringat mungkin itu adalah amaran awal bagi tsunami, mungkin esok-esok bakal dilanda tsunami..so jgn happy-happy sangat dengan apa yang berlaku hari ini.

Kata mereka:

"Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di jepun dan juga di Aceh pastinya.

"Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami," kata Sukitno seorang penduduk tersebut.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.

Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

Berita selanjutnya di BeritaHarian online

Photobucket
SUMBER | BeritaHarian online

Rabu, 30 Maret 2011

OMG gempar | Kali ini Fenomena Ratusan Starfish mati terdampar di Pantai UK

TAOTAUAJER - Apakah agaknya yang sedang berlaku dengan dunia ini.. pada sebelum ini dalam beberapa bulan yang lepas heboh dengan berita kematian beratusan ribu burung, ikan dan haiwan lain membuatkan para saintis kebingungan. Kematian ikan massal yang misterius terjadi di Pantai Redondo, Carlifonia, Amerika.

Kini peristiwa seperti itu berlaku lagi, tetapi kali ini Tapak sulaiman ( starfish ). Dimana ratusan starfish kelihatan terdampar di Pantai Welsh Utara UK dan selepas itu ditemui di Talybont, antara Harlech dan Barmounth di Gwynedd.

Banyaknyer Patrick..huhu

Barry Davies, pegawai maritim berkata :
" it is common for starfish to be washed ashore during spring tides but it was not clear why they had migrated so far up the shoreline."

Kebiasaanya starfish - yang ditemui di sekitar pantai Inggeris - memakan kerang dan udang-udangan lain dan sementara tidak ada alasan yang jelas mengapa starfish tersebut berhijrah sejauh sepanjang pantai, ia merasa satu alasan boleh menjadi kekurangan makanan. Tubuh bintang laut yang tidak berbahaya dan mungkin akan dimakan oleh burung camar (BBC).

Ape ye agak-agaknye penyebab banyak dan secara tiba-tiba tapak sulaiman ini mati ?? Adakah disebabkan oleh laut yang tercemar dengan Radioaktif kesan dari Gempa bumi yang meranapkan Reaktor Nuklear di Jepun.

Photobucket
SUMBER | CNN

Owh | 38% Orang Amerika percaya Tsunami Jepun adalah petanda dari Tuhan

Okay.. bagi anda, anda rasa korang percaya tak dimana Tsunami di Jepun adalah petanda dari Tuhan?? Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnyakan dan mesti ada sebabnya kenapa ia berlaku kan...kan

Seperti artikel lepas yang telah saya post iaitu Khalimah Allah SWT ketika tsunami di Jepang korang boleh lihat sendirikan dimana khalimah tersebut terlihat, bukan nak buat cerita tetapi mungkin juga hanya kebetulan. Seperti post saya yang lepas juga dimana kejadian di Jepun ini tertulis di dalam Al-Quran.

Photobucket

Hasil daripada vote dari siaran America Live with Megyn Kelly mengatakan vote tersebut dari Public Religion Resources. Hasil daripada undian tersebut hanya 38% mengatakan setuju manakala selebihnya tidak setuju.

Adakah ini menandakan orang amerika tidak percaya akan tuhan ( iye ker ? ) dan tidak percaya akan kejadia-kejadian yang berlaku ini sumanya tuhan yang tentukan...

Kita lihatkan video ini :



sedikit dari CNN, yang telah merumuskan bahawa bilangan yang vote dengan menyifatkan 38% populasi amerika sebagai "sedikit"



Shintaro Ishihara, orang yang menyatakan bahawa gempa bumi yang berlaku adalah hukuman tuhan.

Dia rasa bersalah sebab??haa..dye tak bagi tau pendudunya yg Jepun Ade Nuklear kan...

Photobucket

Selasa, 29 Maret 2011

Omg | Lafadz ALLAH SWT ketika Tsunami Japan

TAOTAUAJER - Berita ini agak menGemparkan jugak buat pembaca semua, dimana disebalik kejadian Tsunami di Jepun ada satu perkara pelik tapi benar yang berlaku. Dimana sewaktu peristiwa Tsunami di Jepun terdapat penemuan Lafadz Allah yang dirakamkan dan telah disiarkan oleh television NHK - Jepun.

Berikut adalah screenshoot yang diambil dari tayangan Video Streaming tersebut.

Photobucket

Apa yang anda dapat lihat disini adalah Kenderaan yang bersepah disebabkan terkena badai Tsunami, banyak kereta yang musnah terbakar

Anda tak nampak apa-apa yang terselindung disebalik gambar diataskan..

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Gempar | Radiasi dari Fukushima dikesan di Filipina

Gempar..Radiasi dari Fukushima semakin merebak. Semalam telah gempar dengan berita mengatakan Radiasi di kesan pada air hujan di Massachusetts, Boston(Amerika Syarikat).

Seorang saintis menggunakan alat pengesan radiasi yang dipanggil SAM 935 untuk memantau tahap radiasi di ibu pejabat Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) di Manila.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 28 Maret 2011

Alamak | Bacaan silap radiasi di loji nuklear Fukushima




Beberapa pekerja bertugas di bilik kawalan
di reaktor No. 2 selepas bekalan elektrik
berjaya disambungkan di loji nuklear Fukushima
pada 26 Mac lalu. – REUTERS

TOKYO – Kesilapan operator loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Co. (TEPCO) semalam mengeluarkan bacaan radiasi yang salah membangkitkan kemarahan kerajaan Jepun.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano menyifatkan kesilapan itu sebagai ‘tidak boleh dimaafkan sama sekali’.

Kebakaran, letupan dan kebocoran radiasi telah berkali-kali memaksa jurutera menggantung kerja bagi mengawal loji enam reaktor di Fukushima, termasuk semalam apabila paras radiasi di reaktor No.2 dikesan melonjak terlampau tinggi.

TEPCO awal semalam melaporkan paras radiasi di reaktor tersebut adalah 10 juta kali melebihi normal, menyebabkan petugas lari meninggalkan unit itu.

Namun pegawai kemudian memohon maaf selepas mengakui mereka tersilap kira dan angka yang sangat tinggi itu tidak munasabah.

Beberapa jam kemudian, Naib Presiden TEPCO, Sakae Muto berkata, ujian baru mendapati paras radiasi 100,000 kali melebihi normal, jauh lebih baik daripada bacaan awal walaupun masih sangat tinggi.
“Saya akui pekerja di tapak loji semakin letih, tetapi ujian radiasi itu digunakan untuk mengambil pelbagai keputusan berhubung keselamatan, kerana itu kesilapan mengeluarkan bacaan tidak boleh dimaafkan sama sekali,” kata Edano yang merupakan ketua jurucakap kerajaan.

Kecairan sebahagian rod tenaga nuklear di dalam bekas reaktor itu menjadi punca paras radiasi sangat tinggi di reaktor No. 2, katanya.

Edano menggambarkan insiden itu sebagai ‘sangat malang’ tetapi berkata, lonjakan paras radiasi dipercayai terbatas di dalam bangunan reaktor.

Korang nak tau macam mana kebocoran bahan radioaktif logi nuklear berlaku??


Photobucket
SUMBER | Reuters

Tau tak | Gempabumi susulan yang berlaku di Malaysia

Tanpa kita sedar negara kita telah menerima beberapa gegaran susulan sebelum ini, untuk pengatahuan korang beberapa tempat di negara kita juga terkena Gempa bumi.

Photobucket

GEGARAN LEMAH DIRASAI DI RANAU, SABAH

- 27 April 2010
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada pukul 2.03 petang.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut pusat gempa itu terletak 6.0 darjah utara dan 116.8 darjah timur, kira-kira 8 km dari tenggara Ranau.
Gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Ranau, kata jabatan itu.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=494008

GEMPA BUMI LEMAH DI SABAH AWAL PAGI INI
- 7 Feb 2010
Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi ini.
Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi ini.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_berita/20100207101753&sec=mstar_berita

TREMORS LURKING UNDER OUR FEET
- 2 Feb 2010
It is common belief that Malaysia is immune to earthquakes. But tremors as low as 3.5 on Richter scale have been recorded in several areas in the country.
AT 7.47am on Jan 25, a mild tremor measuring 3.2 on the Richter scale was felt in Batu Niah near Miri in Sarawak.
Historically, over a period of three years beginning in 1984, the area around the Kenyir Dam in Terengganu recorded about 20 tremors, the strongest of which registered at magnitude five on the Richter scale.
Zamri says even if a major earthquake does not occur in Malaysia, the effects of an earthquake in Sumatra could have dire consequences for the country. Citing an example, the 1985 earthquake that devastated Mexico City had its epicentre more than 350 km away.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12eart/Article/index_html

SARAWAK CAN EXPECT MINOR SHAKES
- 2 Feb 2010
THE northern parts of Sarawak are still at risk from tremors as they lie within the fault line.
The fault line runs all the way to Kota Belud in Sabah where tremors can go as high as six on the Richter scale.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12kch/Article/index_html

UTARA SARAWAK TERDEDAH GEMPA BUMI
- 28 Jan 2010
Beberapa kawasan di bahagian utara negeri ini didapati terdedah kepada risiko gempa bumi berukuran sederhana pada masa depan, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

GEMPA BUMI: GEGARAN KECIL DI BATU NIAH DAN SUAI, SARAWAK
- 25 Jan 2010
Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26km dari Batu Niah, 90km barat daya Miri dan 99km di timur laut Bintulu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

GEMPA BUMI LEMAH DI KUALA PILAH
- 30 Nov 2009
Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm&arc=hive

TIADA GEMPA SUSULAN DI KUALA PILAH
- 30 Nov 2009
Empat kejadian gempa yang berpusat di 22km timur Seremban mula dikesan jam 2.30 petang Ahad, manakala tiga gegaran berikutnya berlaku dalam tempoh 24 jam seterusnya.

Menurut kenyataan JMM semalam, kejadian 12.15 awal pagi semalam berukuran 3.3 pada skala Richter, sementara terakhir pada 2.30 petang pula pada bacaan 3.0 skala Richter.

Gempa bumi lemah ini pertama kali muncul di Kuala Pilah.

Sebelum kejadian ini, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong, Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

JMM dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
http://www.malaysiakini.com/news/118728

Photobucket
Sumber

Minggu, 27 Maret 2011

Wow | Sifat Jepun yang perlu di contohi

Beberapa minggu yg lalu, negara Jepun dilanda gempa bumi & tsunami yang dahsyat sehingga merosakkan hampir keseluruhan bandar! & antaranya ialah highway diorang di Great Kanto Highway di Naka, Jepun.
Selepas gempa bumi berlaku, jalan ni merekah sepanjang 150m!

masa yg diambil untuk JKR Jepun untuk membaiki jalan tersebut? 6 hari!

gila cepat!!

Photobucket


Photobucket

Sabtu, 26 Maret 2011

Wow | Gempa bumi menghampiri kita "Malaysia"

Sepertimana dokumentari yang telah saya keluarkan semalam dimana gempabumi semakin menghampiri kita ( Dokumentari | Disebalik gempabumi 2011 ) hari ini, Berita kosmo mengeluarkan satu artikel bertajuk "GEMPA BUMI MENGHAMPIRI KITA"

Photobucket

Siapa kata Malaysia adalah selamat dari bencana gempa bumi? Dengan macam-macam gejala yang berlaku maksiat yang semakin berleluasa, pesta buih merata-rata, seks bebas berleluasa, masjid-masjid semakin mati, usaha dakwah secara sukarela semakin kurang, fitnah berleluasa, cerita porno semakin banyak di media arus perdana, tidak hairan jika titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Buatlah semua yang Allah dan Rasul suruh, tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah, mudah bukan?

Photobucket
Lihatlah semakin lama semakin merapati kita !!

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.


Anda juga boleh baca post berkaitan:

Photobucket




Dokumentari | Disebalik Gempa bumi Tahun 2011

Adakah hasil dari gempabumi di Jepun telah menyebabkan bumi telah berubah dari paksinya?? ia benar..

Photobucket

Gempa bumi @ Earth Quake @ 地震(じしん)Jishin @ زلزال zil zaalun kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi. Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Tau tak | Bagaimana Kebocoran Bahan Radioaktif Di Loji Nuklear Fu-kushima Berlaku?

Krisis nuklear Jepun semakin buruk, menyusul letupan pada reaktor ketiga dan kebakaran pada reaktor keempat logi nuklear Fu-kushima Dai-ichi. Kerajaan Jepun menyatakan bahan radioaktif yang terlepas dari reaktor berada pada tahap yang boleh merosakkan kesihatan manusia. Selain itu, risiko terjadinya kebocoran lebih lanjut sangat tinggi.

PM Naoto Kan mengatakan radiasi telah tersebar dari keempat reaktor di logi nuklear Fu-kushima Dai-ichi. Ia meminta penduduk yang berada dalam radius 30 km untuk menutup rapat rumah mereka. “Tingkat radiasi sangat tinggi, dan masih banyak radioaktif yang akan terlepas,” katanya.

Gambaran ilustrasi reaktor muklear Fu-kushima

Bagaimana sampai terjadi kebocoran bahan radioaktif dari reaktor logi Fu-kushima Dai-ichi? Berikut penjelasannya:

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 24 Maret 2011

Wow! - Teknologi Anti Kiamat (8 Gambar)

TAOTAUAJER - Apa yang anda pikirkan ketika mendengar kata “Kiamat”? saya yakin anda pasti akan membayangkan sebuah keadaan dimana semua berada dalam keadaan hancur lebur dan dunia berada dalam goncangan yang sangat dahsyat. Pada saat itu digambarkan bahawa gunung – gunung akan meletus, dan air laut akan naik ke daratan seperti bencana tsunami. Namun, penafsiran tentang terjadinya hari kiamat tentu saja akan berbeza – beza bergantung kepada latar belakang, keyakinan dan agama seseorang.


Kiamat adalah sebuah kehancuran besar yang sudah diramalkan sebelumnya. Menurut agama Islam, kiamat adalah hari di mana manusia seperti anai-anai yang bertebar dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. Keyakinan terhadap hari kiamat itu sendiri termasuk kedalam salah satu rukun iman dalam agama Islam. Ketentuan akan adanya hari kiamat memang tak terbantahkan. Ini sesuai dengan dalil Allah” Wahai Manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu, sungguh guncangan (hari) kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar. “ (QS. Al-Hajj:1).

Sedangkan dalam agama nasrani, kiamat adalah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah. Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi.. Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya…[Wahyu 6:12-14]. Selain itu, dalam Kitab Perjanjian Baru juga disebutkan beberapa kata yang mengarah kepada hari kiamat, yaitu “Penderitaan Besar”, “Penyiksaan”, dan “Hari – hari Pembalasan”.

Ramalan Suku Maya
Namun, akhir-akhir ini berkembang isu yang menyeruak di masyarakat dengan mengatakan bahwa hari kiamat akan datang pada tahun 2012. Pernyataan yang mengehebohkan ini datang dari Kalender suci bangsa maya atau Tzolkin. Di dalam tata perhitungan kalender mereka, salah satunya disebutkan bahwa pada periode 1992 – 2012 bumi akan dimurnikan. selanjutnya peradaban manusia akan berakhir dan masuk babak peradaban yang baru, tepatnya tanggal 21 Desember 2012.
Kabar tersebut berhembus dengan sangat cepat, hal ini membuat berbagai spekulasi mengenai kebenaran dari kalender bangsa maya. Ada yang mengakui kebenaran dari kalender bangsa maya tersebut. Apalagi hal ini diamini oleh peramal mama Loren yang menyebutkan bahwa bahwa pada tahun 2012 dunia yang kita huni sekarang ini akan mendapatkan becana besar secara global. Dan kehidupan di masing-masing negara hanya menyisakan sekitar 30%-40% penduduknya. Hal lain pun disikapi berbeda dengan para insan perfilman Hollywood yang meluncurkan film bertajuk hari kiamat, 2012. Dalam film tersebut dikisahkan bahwa bumi mengalami kehancuran yang sangat dahsyat.

Teknologi Anti Kiamat
Ketakutan akan terjadinya Hari Kiamat ini telah membuat sebagian orang mulai memikirkan bagaimana cara untuk menyalamatkan diri dari kiamat. Hal ini terlihat pada pembuatan Bunker Anti Kiamat yang terdapat di dekat Gurun Mojave di wilayah Barstow, California. Bunker yang diciptakan oleh Robert Vicino ini adalah sebuah tempat perlindungan bagi “mereka” agar tidak terkena bencana kiamat sehingga dapat terus bertahan hidup. Bunker ini mempunyai fasiliti kurang lebih 200 bilik, dapur umum, rumah sakit dan berbagai fasiliti lainnya. Untuk menikmati bunker ini, memerlukan wang sekitar USD 50.000. Vicino menjanjikan kepada setiap pembeli bunker tersebut mengenai keamanan dan keselamatan yang akan dirasakan setiap pemilik kavling bunker.

Photobucket

Photobucket

Teknologi selanjutnya adalah Kapsul anti Kiamat. Kapsul ini dibuat oleh Pencipta Evgeny Ubiyko, di Rusia dengan nama 2012. Kapsul yang berbentuk seperti kenderaan ini dibuat untuk mengantisipasi bencana super dahsyat Kiamat. Dimana kapsul anti Kiamat ini mampu menahan segala macam gegaran, tsunami, hingga lahar yang terjadi pada saat hari Kiamat tiba. Kapsul anti Kiamat ini berharga dengan harga 883 juta rupiah.

Photobucket
Photobucket

Selanjutnya adalah Bangunan Anti Kiamat yang berada di sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari kutub utara. Bangunan ini disebut dengan Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah Kiamat ini difungsikan sebagai tempat menyimpan biji-bijian (benih) dan diharapkan menjadi sumber akan datang. Kubah ini terletak di bawah gunung yang berkedalaman 127,5 meter. Biji-bijian yang ditanam di dalam Kubah Kiamat ini berasal dari berbagai jenis benih dari seluruh dunia dan mampu menampung 4,5 juta sampel benih. Kubah Kiamat ini didanai oleh PBB khususnya FAO sebagai Organisasi Pangan Dunia.

Photobucket

Dan yang terakhir adalah Kota anti kiamat yang dibangunkan di dalam kawah. Kota ini akan dibangun di dalam kawah buatan manusia. Konsepnya eco-city, rumah lingkungan dan digunakan sebagai zona industri yang baru di Rusia.

Photobucket

Kawah buatan ini akan bakal merupakan lubang galian terbesar di dunia kedua. Galian ini akan ditutupi oleh kubah kaca. Total luas area eco-city ini mencapai 2 juta meter persegi, sanggup mengakomodasi 100.000 orang.

Photobucket

Para arkiteknya berharap "kota taman" ini akan menjadi landmark di Siberia Timur. Meski designnya sudah siap, hingga saat ini pembangunannya masih belum kedengaran di Yakutia.

Menyikapi Hari Kiamat

Tampaknya dari teknologi - teknologi tersebut, manusia mulai mencari-cari celah untuk mengelabui Tuhan. Padahal seperti yang kita ketahui Hari Kiamat itu memang benar-benar ada dan setiap umat manusia tidak ada yang mampu menghalau kedahsayatan dari Kiamat. Begitu dahsyatnya kekuatan yang ditimbulkan dari Kiamat sehingga sebagian masyarakat berupaya membuat teknologi canggih agar mampu menyelamatkan hidupnya.

Hendaknya hal tersebut harus kita sikapi dengan sikap bijak dari kita semua. Hari Kiamat pasti akan terjadi, dan kita sebagai manusia harus berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi hari Kiamat dengan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan, melaksanakan amalan-amalan yang diperintahkan Tuhan dan menjauhi semua larangan Tuhan. Untuk itu kita sabagai manusia harus mempertanggungjawabkan semua perbuatan kita. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pada hari kiamat, setiap hamba tak akan melangkah sebelum ditanya empat hal, yaitu tentang umur untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana ia peroleh dan untuk apa ia belanjakan, dan (kesehatan) badannya untuk apa ia pergunakan.” (HR Tirmidzi, hadits hasan shahih, menurut riwayat Muslim).

Maka dari itu sehebat apapun kemampuan manusia menciptakan alat untuk menahan kerusakan peristiwa Hari Kiamat, kematian tidak akan pernah dapat dihalang walaupun dibendung oleh teknologi sekuat apapun.