Tampilkan postingan dengan label UFO. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label UFO. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Mei 2011

OMG! | UFO sewaktu Tornadoes di Oklahoma 2011

Kejadian tornado yang berlaku di Oklahoma baru-baru ini menghancurkan sekitar 2 ribu bangunan di Kota Joplin,Oklahoma.

Photobucket

Kalau korang nak tau, bencana yang terjadi pada Minggu 22 Mei hari tu merupakan bencana yang paling

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 29 April 2011

OMG! - UFO berlegar-legar sewaktu perkahwinan William-Kate (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Wow..seperti yang telah to tulis pada artikel awal April lalu dimana berkemungkinan UFO akan kelihatan pada hari pernikahan William-Kate tao dah tau dah..hehe

Photobucket

UFO seen on The Royal Wedding William-Kate ,Imej penampakan UFO berlegar-legar

LONDON – Nampaknya Putera William dan Kate Middleton memiliki tetamu tidak diundang pada pernikahannya Khabarnya, UFO melayang di tempat pernikahan mereka.

Seorang pelancong melaporkan berhasil merakam sebuah UFO melayang di atas Westminster Abbey, tempat pernikahan diraja itu. Video selama dua setengah minit itu menampilkan objek berkilau di langit tidak berawan berhampiran Big Ben.

Kelihatan objek berkilau itu bergerak ke sana ke mari dan berubah-ubah bentuk. Objek itu juga sempat terbelah menjadi tiga bahagian seperti pesawat bintang USS Enterprise dari siri TV Star Trek.

“Pada mulanya kami menyangka objek tersebut adalah paracut yang terbang terlalu tinggi,” kata pelancong itu seperti dikutip the Sun.

Benda itu berubah bentuk namun tetap berada di atas Westminster Abbey selama 30 minit kemudian menghilang, ujar pelancong itu.

Kemunculan berita itu tersebar setelah Angkatan Udara Amerika Syarikat menjangka kemunculan alien yang mengunjungi Bumi untuk melihat pernikahan William dan Kate.

Ade ajer UFO nieh nak join tengok gak...its all about UFO

#LOL - Puteri Kate bini William Masih dara dibuktikan dengan Cadar Berdarah [VIDEO] - 

Senin, 18 April 2011

GEMPAR! - Mayat Makhluk Asing Ditemui Di Salji Siberia [VIDEO]

TAOTAUAJER - Kali nie cerita pasal alien la pulak..di jumpai di Alien crash site dimana makhluk alien tersebut telah mati kesejukan.


Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia.

Photobucket

saksikan video dibawah !!

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 14 April 2011

Wow | UFO gergasi melintasi loji nuklear Fukishima

Wow..tak sangka sewaktu tsunami di jepun benar-benar terdapat kejadian kemunculan UFO.

Photobucket
Foto dalam bulatan menunjukan UFO gergasi pada Loji Nuklear Fukushima

Tokyo - sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintasi loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang mengalami kerosakan di timur laut Akibat di landa tsunami.

imet tersebut muncul dalam satu siaran berita daripada satu kumpulan media Jerman NDR yang membuat liputan mengenai krisis nuklear di loji berkenaan baru-baru nie.

Loji Nuklear mengalami kerosakan selepas ombak tsunami melanda loji tersebut akibat gempa bumi kuat yang berlaku pada 1 Mac lalu.

Akibat tsunami tersebut, menyebabkan sistem penyejukan di loji tersebut mengalami kerosakan menyebabkan kebocoran radiasi.

Klip video tersebut selama 55 saat itu menunjukan sebuah UFO gergasi melintasi loji nuklear tersebut. Anda saksikan seperti dibawah.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 31 Maret 2011

Wow | UFO Kelihatan di Pernikahan William-Kate ,mungkinkah?

Munkinkah UFO datang di pernikahan William-Kate? ini menjadi tanda tanya kepada semua orang..


Ini kerana, mantan pejabat Angkatan Udara Inggeris yang kini terlibat dalam pengelolaan Lembaga Kajian Unidentified Flying Object (UFO) , George Filer mengatakan bahawa berkemungkinan UFO akan datang di pernikahan tersebut.

Filer mengatakan bahwa UFO sering datang pada peristiwa penting dunia. "Sepertinya UFO memiliki ketertarikan pada semua hal penting. Terakhir, mereka terlihat di langit Libya dan di dekat lokasi terjadinya tsunami Jepun ," kata Filer yang berkebangsaan Amerika ini.

Terdapat 2 alasan penting yang menguatkan pendapat Filer. Pertama, beberapa minggu lalu UFO tampak di Selat Inggris, seperti dilaporkan salah satu anggota Angkatan Udara Inggris. Kedua, keluarga kerajaan Inggris sendiri memiliki ketertarikan akan UFO.

Ia menceritakan pengalamannya bertemu dengan Pangeran Philip tahun 1960-an. "Itu sekitar tahun 1961 atau 1962. Dia menemui kita setelah makan malam dan ingin berbicara tentang UFO. Ia mengatakan bahwa angkatan udara berhenti mengirimkan armada karena beberapa tak kembali," paparnya.

Mengomentari apa yang dikatakan Filer, investigator crop circle Colin Andrews mengatakan bahwa keluarga kerajaan memang menaruh perhatian pada masalah UFO dan alien. "Pangeran Philip dan Ratu sepertinya tertarik pada masalah ini. Dan sepertinya ketertarikan mereka didasari pengalaman pribadi."

Filer mengklaim bahwa dirinya bisa melihat 1000 UFO setiap bulan. Pada beberapa minggu terakhir, berdasarkan laporan pilot AU Inggris, jumlah UFO yang terlihat semakin banyak.

adakah UFO benar-benar datang pada pernikahan William Kate? Kita tunggu jer..hehe
Apakah ini semua?? Adakah ini adalah salah satu UFO ciptaan iran??

Photobucket
SUMBER | KOMPAS.com

Selasa, 22 Maret 2011

Wow | Iran berjaya cipta piring terbang

AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.

TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.

Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.

Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.

"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.

"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.

Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.

Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.

Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi


Photobucket

Kamis, 03 Maret 2011

Wow | UFO berlegar di bandar Brazil



OBJEK terbang tidak dikenali (dalam bulatan) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil.

SAO PAOLO - Seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil lapor laman Fox News kelmarin.

Laman itu memetik laporan stesen televisyen G1 di Brazil yang menyiarkan rakaman UFO tersebut yang berlegar dalam ketinggian yang rendah.

Namun, UFO itu hilang buat seketika di celah awan sebelum satu cahaya yang terang muncul dan hilang di tepi awan.

Dua bebola cahaya misteri kemudian muncul dan ia bergerak turun ke kawasan belukar.

Kemunculan dua bebola cahaya misteri itu hampir sama dengan satu cahaya yang berlegar-legar di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Januari lalu.

Imej UFO itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Jumat, 11 Februari 2011

Wow | UFO Jerusalem Terbukti Hoax

Beberapa dalam minggu yang lepas ada ku post kan tentang kemunculan UFO di Jerusalem. Kini nak di bagi tahu bahawa berkemungkinan video tersebut adalah palsu rekaan semata-mata.

Photobucket

Beberapa video muncul menampil UFO melayang di atas masjid Dome of the rock, Temple Mount Jerusalem di tengah malam 28 Januari. UFO ini terbukti palsu.

Penyelidik veteran, Benjamin Radford mengatakan gambar-gambar tersebut sangat meragukan dan mengundang hoax.

Mengapa video UFO Jerusalem mencurigakan?

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 06 Februari 2011

FAKTA! - Tahukah Anda UFO Pernah Selamatkan Bumi

TAOTAUAJER - Kebelakangan ini banyak kejadian-kejadian kemunculan UFO nie nak bagi tau sikit.. UFO pernah selamatkan bumi pada masa dulu. Ini bukan cerita Sains Fiksyen atau cerita merepek, Saintis Russia menyatakan bahawa UFO telah menembak meteor dengan sengaja, untuk menyelamatkan bumi 100 tahun yang lepas



Gambaran UFO yang dikata-katakan

Dr Yuri Labvin, presiden dari Tunguska Spatial Phenomenon Foundation mengatakan pesawat alien UFO mengorbankan dirinya untuk menghalang meteor besar jatuh ke bumi, di wilayah Siberia pada 30 Jun 1908.Meteor itu jatuh di Tunguska dan menyebabkan ledakan hebat yang dijangkakan mencapai 15 megaton. Ledakan itu menghanguskan 80 juta pohon di wilayah seluas 100 mil persegi. Saksi yang menyaksikannya menyebut munculnya cahaya terang serta hentakan keras. Namun wilayah itu terpencil sehingga tidak ada korban jiwa.

Saintis percaya kerosakan itu disebabkan oleh ledakan meteor beberapa mil di atas permukaan bumi.
Tapi Labvin menyebut tanda aneh di lokasi itu boleh menjadi sebagai pusat kendali alien, setelah UFO jatuh.

"Kita tidak punya teknologi yang dapat membuat gambar kristal seperti itu. Dan kami menemukan Ferum silikat yang tidak ada di bumi dan hanya ada di ruang angkasa,” katanya


SUMBER : Macedonia news agency

Rabu, 02 Februari 2011

MISTERI! - Video rakam cahaya misteri di atas Kubah Emas

PADA Jumaat lalu, satu cahaya misteri (dalam bulatan) turun dari langit ke Kubah Emas, Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.comkelmarin.
Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.
Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.
Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.
Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.
Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.
Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.
Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.
Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj. - Agensi


Saksikan video Rakaman Tersebut

Selasa, 18 Januari 2011

Wow | UFO datang Malaysia

Gambaran yang dikatakan UFO


KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.