Tampilkan postingan dengan label Kuasa Jet. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kuasa Jet. Tampilkan semua postingan

Senin, 16 Mei 2011

Wow | Kereta api UNik untuk masa depan! TERAPUNG DOW!

Pergh..mmg maju idea-idea jepun nieh, macam-macam yg cangih nak di cipta, nie pula kereta api yang unik dimana terapung di permukaan landasan. sekali tao lihat kenderaan ini tao teringat pasal masa kecik-kecik kereta dashingkuro dimana berlumba dalam landasan dan terdapat roda kecil pada sisi depan dan belakang untuk membantu kenderaan tersebut membelok.

Photobucket

TOKYO | Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 01 Mei 2011

Gambar | Gaddafi TERLEPAS, Anaknya TERBUNUH bedilan NATO

TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera NATO, awal pagi tadi selepas puak pemberontak dan NATO menolak rundingan untuk mengakhiri krisis di negara itu.



Rumah Seif al-Arab Gaddafi, 29, dilaporkan 'diserang hebat malam tadi," kata jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim dalam sidang akhbar selepas NATO melancarkan serangan udara dan mengesahkan kematian itu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 22 Maret 2011

Wow | Iran berjaya cipta piring terbang

AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.

TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.

Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.

Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.

"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.

"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.

Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.

Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.

Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi


Photobucket

Rabu, 02 Maret 2011

Wow | AS hantar kapal perang USS ke Libya

Gambar fail menunjukkan kapal pengangkut USS Kearsarge yang dihantar Amerika Syarikat berhampiran perairan Libya.


TRIPOLI - Kuasa-kuasa asing meningkatkan tekanan terhadap diktator Libya, Muammar Gaddafi kelmarin. Sebuah akhbar melaporkan langkah itu diambil selepas tentera Gaddafi menyerang pihak penentang di dua buah bandar yang terletak berhampiran dengan kubu kuatnya di ibu kota Libya, di sini.

Beberapa jet pejuang pasukan tentera yang setia pada Gaddafi turut mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur negara itu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 07 Februari 2011

WOW! - Tuanku Mizan naik pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Daulat Tuanku, berbangga dengan Tuanku yang bersama-sama mencuba pesawat tempur.. Lihatlah siap ada nama tuanku pada pesawat tersebut.


BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini mencemar duli menaiki pesawat tempur tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU- 30MKM.


Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10.40 pagi menuju Pulau Langkawi dan akan berpatah balik ke Pulau Pinang yang dijangka mengambil masa 45 minit.

Baginda menaiki pesawat tersebut bersama Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd. Ashgar Khan Gauriman Khan

SUMBER:Utusan Online

Minggu, 30 Januari 2011

Wow | Jentera bomba China berkuasa Jet



Wow besar sungguh serombong air bomba nieh...siap kuasa jet lagi tu


Dengan penubuhan kota Luoyang, truck bomba yang suoer deras airnya bernilai $456000 mungkin akan diberi nama Arthur Fonzarelli.

Ciri unik bomba ini adalah memadam kebakaran dengan menggunakan meriam air berkuasa Jet. Dimana berkemampuan untuk menyembur 4 tan air per minit pada jarak melebihi 400 meter.