Tampilkan postingan dengan label Shaheizy Sam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Shaheizy Sam. Tampilkan semua postingan

Minggu, 03 April 2011

Terkini | List Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 telah diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011.


Berikut adalah keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang telah diumumkan:

- Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

- Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

- Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

- Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

- Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – 6ixth Sense

- Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan

- Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

- Artis Baru Lelaki Popular – Shahir

- Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali

- Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

- Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

- Artis Nasyid Popular – Rabbani

- Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir

- Penyanyi Wanita Popular – Yunalis Zarai

- Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense

- Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

- Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani

- Augerah Pencapaian Sepajang Hayat – Dato' Hjh. Rosnani Jamil

- Bintang Paling Popular ABPBH 2010 – SHAHEIZY SAM !!!

Tahniah buat kesemua pemenang

Kalau korang nak tau lebih mendalam lagi korang boleh jugak pergi like Facebook ABPBH dan follow twitter @ABPBH


Photobucket

Wow | Shaheizy Sam Bintang Paling Popular

Tahniah tahniah...Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010

Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

petikan penuh - MyMetro


Photobucket
SUMBER | Mymetro