Tampilkan postingan dengan label Jentera. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Jentera. Tampilkan semua postingan

Jumat, 13 Mei 2011

Angker | Foto Hantu dalam Bomba tertangkap

Pergh...angker, tah macam mane la pulak leh sesat ader hantu kat dalam jentera bomba tuh??

Photobucket

Berlakang ...tuh tuh tuh..hehe

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 01 April 2011

SubhanaAllah! - Menakjubkan Hanya Al-Quran tidak terbakar (10 Gambar)

TAOTAUAJER - Subhanallah.. dalam kebakaran kenderaan ini mesti korang bayangkan tidak ada apa yang tidak terbakar dalam kenderaan ini, kecuali besi-besi nie la. Tetapi kalau korang nak tau, dalam kebakaran ini hanya Al-Quran sahaja yang terselamat dari kebakaran tersebut.

Photobucket
Photobucket
Apa yang anda dapat lihat disitu?? Al- Quran kan..

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 16 Maret 2011

Omg | Kerana tidak puas hati dengan servis, Pemilik Lamborghini sanggup hancurkan keretanya

BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China. Aduhaii..sayangnyer

Photobucket

BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Photobucket
Beginilah wajah Lamborghini Gallardo sebelum dihancurkan.Ratusan orang dan wartawan menyaksikan 'penyiksaan' Gallardo ini. Mereka berkumpul sebelum proses penghancuran

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.


Photobucket
Dengan bersungguh-sungguh mereka menghancurkan kereta tersebut

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Photobucket

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Photobucket
Hancus sudah..rugi-rugi

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi


Photobucket

Sabtu, 05 Maret 2011

Wow | "Hayabusa" kereta peluru Jepun berkelajuan 300 Km/h

Kereta api peluru terbaru Jepun, “Hayabusa” atau Falcon. Hayabusa memulai operasinya memacu dengan kelajuan 300 kilometer per jam pada Sabtu (5/3). Kereta api dengan teknologi ultra super -cepat terbaru ini akan melakukan perjalanan tiga hari dari Tokyo ke kota Aomori, di desa terpencil di hujung utara pulau Honshu.

Photobucket

Hayabusa siri E5 berwarna hijau dan perak ini akan melakukan perjalanan dengan kecepatan 300 km/jam dan menempuh perjalanan 675 kilometer dalam masa 3 jam 10 menit. Di tahun depan kereta ini akan dipacu pada kecepatan tertinggi sebesar 320 km/jam, menjadikannya kereta api terpantas di Jepun.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 04 Maret 2011

Wow | Kapal bawa mata wang RM484.72 juta ke Libya

GAMBAR menunjukkan pelabuhan Harwich yang me rupakan lokasi sebuah kapal membawa wang RM484.72 juta ditahan oleh pihak berkuasa di Britain.

LONDON - Sebuah kapal yang membawa kira-kira AS$160 juta dalam mata wang Libya (RM484.72 juta) ditahan selepas ia berpatah balik semasa menuju ke Libya, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Menurutnya, kapal itu kembali ke Britain selepas anak-anak kapal tersebut memutuskan untuk tidak berlabuh di sebuah pelabuhan di Tripoli, Libya kerana pergolakan yang berlaku di sana.
Pegawai tersebut berkata, kapal itu dilaporkan kembali ke pelabuhan Harwich di timur England dengan diiringi oleh bot Agensi Sempadan Britain.

Sejumlah kontena yang mengandungi mata wang tersebut dipindahkan dari kapal berkenaan ke sebuah lokasi yang rahsia.Britain sebelum ini memutuskan untuk melarang ekport mata wang Libya sejajar dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara itu.

Sementara itu, bedilan meriam dan letupan berlaku 20 kilometer dari pelabuhan Ras Lanuf di pantai Libya semalam.Askar-askar yang menentang pemerintahan Muammar Gaddafi menyatakan mereka menentang askar-askar yang setia kepada Gaddafi di Rauf Lanuf, 660 kilometer ke timur Tripoli.

Menurut seorang askar Gaddafi yang berpaling tadah, Magdi Mohammed, para penentang dilengkapi dengan senjata kalashnikov AK-47, raifal dan pelancar roket.Misi para penentang itu ialah menguasai loji kemudahan minyak.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 02 Maret 2011

Wow | AS hantar kapal perang USS ke Libya

Gambar fail menunjukkan kapal pengangkut USS Kearsarge yang dihantar Amerika Syarikat berhampiran perairan Libya.


TRIPOLI - Kuasa-kuasa asing meningkatkan tekanan terhadap diktator Libya, Muammar Gaddafi kelmarin. Sebuah akhbar melaporkan langkah itu diambil selepas tentera Gaddafi menyerang pihak penentang di dua buah bandar yang terletak berhampiran dengan kubu kuatnya di ibu kota Libya, di sini.

Beberapa jet pejuang pasukan tentera yang setia pada Gaddafi turut mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur negara itu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 24 Februari 2011

#korangtautak? - Sebalik asal usul Lamborgini (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sapa yang tidak kenal degan kenderaan Lamborghini yang terkenal?? Pasti ramai yang tau kan... tapi pasti ramai yang tak tau bahawa Lamborghini sebenarnya masa dahulu bukanlah pengeluar kereta sport tetapi adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan model traktor

Photobucket

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 07 Februari 2011

WOW! - Tuanku Mizan naik pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Daulat Tuanku, berbangga dengan Tuanku yang bersama-sama mencuba pesawat tempur.. Lihatlah siap ada nama tuanku pada pesawat tersebut.


BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini mencemar duli menaiki pesawat tempur tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU- 30MKM.


Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10.40 pagi menuju Pulau Langkawi dan akan berpatah balik ke Pulau Pinang yang dijangka mengambil masa 45 minit.

Baginda menaiki pesawat tersebut bersama Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd. Ashgar Khan Gauriman Khan

SUMBER:Utusan Online

Jumat, 04 Februari 2011

Pelik | Porsche paling slow didunia

Ciptaan kreatif membina kereta porsche yang paling ringan dan juga yang paling slow didunia.



kita lihat cara pembuatan nya pulak ek...hehee


Apabila sudah disiapkan dan berada di jalanan...hehee


tengok lah video nieh betapa lembab nyer kete nieh..hehe..bodo




Minggu, 30 Januari 2011

Wow | Jentera bomba China berkuasa Jet



Wow besar sungguh serombong air bomba nieh...siap kuasa jet lagi tu


Dengan penubuhan kota Luoyang, truck bomba yang suoer deras airnya bernilai $456000 mungkin akan diberi nama Arthur Fonzarelli.

Ciri unik bomba ini adalah memadam kebakaran dengan menggunakan meriam air berkuasa Jet. Dimana berkemampuan untuk menyembur 4 tan air per minit pada jarak melebihi 400 meter.