Sabtu, 26 Maret 2011

Wow | Gempa bumi menghampiri kita "Malaysia"

Sepertimana dokumentari yang telah saya keluarkan semalam dimana gempabumi semakin menghampiri kita ( Dokumentari | Disebalik gempabumi 2011 ) hari ini, Berita kosmo mengeluarkan satu artikel bertajuk "GEMPA BUMI MENGHAMPIRI KITA"

Photobucket

Siapa kata Malaysia adalah selamat dari bencana gempa bumi? Dengan macam-macam gejala yang berlaku maksiat yang semakin berleluasa, pesta buih merata-rata, seks bebas berleluasa, masjid-masjid semakin mati, usaha dakwah secara sukarela semakin kurang, fitnah berleluasa, cerita porno semakin banyak di media arus perdana, tidak hairan jika titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Buatlah semua yang Allah dan Rasul suruh, tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah, mudah bukan?

Photobucket
Lihatlah semakin lama semakin merapati kita !!

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.


Anda juga boleh baca post berkaitan:

Photobucket