Jumat, 04 Maret 2011

Wow | Kapal bawa mata wang RM484.72 juta ke Libya

GAMBAR menunjukkan pelabuhan Harwich yang me rupakan lokasi sebuah kapal membawa wang RM484.72 juta ditahan oleh pihak berkuasa di Britain.

LONDON - Sebuah kapal yang membawa kira-kira AS$160 juta dalam mata wang Libya (RM484.72 juta) ditahan selepas ia berpatah balik semasa menuju ke Libya, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Menurutnya, kapal itu kembali ke Britain selepas anak-anak kapal tersebut memutuskan untuk tidak berlabuh di sebuah pelabuhan di Tripoli, Libya kerana pergolakan yang berlaku di sana.
Pegawai tersebut berkata, kapal itu dilaporkan kembali ke pelabuhan Harwich di timur England dengan diiringi oleh bot Agensi Sempadan Britain.

Sejumlah kontena yang mengandungi mata wang tersebut dipindahkan dari kapal berkenaan ke sebuah lokasi yang rahsia.Britain sebelum ini memutuskan untuk melarang ekport mata wang Libya sejajar dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara itu.

Sementara itu, bedilan meriam dan letupan berlaku 20 kilometer dari pelabuhan Ras Lanuf di pantai Libya semalam.Askar-askar yang menentang pemerintahan Muammar Gaddafi menyatakan mereka menentang askar-askar yang setia kepada Gaddafi di Rauf Lanuf, 660 kilometer ke timur Tripoli.

Menurut seorang askar Gaddafi yang berpaling tadah, Magdi Mohammed, para penentang dilengkapi dengan senjata kalashnikov AK-47, raifal dan pelancar roket.Misi para penentang itu ialah menguasai loji kemudahan minyak.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>